SELANGOR FC
BERITA

Previu Perlawanan LS23 | Kuching City FC vs Selangor FC | Perlawanan ‘Away’ Terakhir Musim Ini

Mar 16, 2025 - FAS

Selangor FC terbang ke Sarawak, Bumi Kenyalang bagi saingan Liga Super 2024/25 menentang Kuching City FC di Stadium Negeri pada jam 9:15 malam.

Katsuhito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, menganggap Kuching City FC sebuah pasukan yang ‘solid’ dan akan berikan saingan yang sengit dalam perlawanan malam ini.

“Malam ini juga akan menjadi perlawanan yang sengit kerana pada pandangan saya, Kuching City FC adalah pasukan yang sangat ’solid’, dan mereka mempunyai keharmonian yang baik sebagai sebuah pasukan. Walaupun begitu, kita akan terus tunjukkan kepelbagaian dari segi kekuatan dan kualiti untuk kekalkan momentum yang baik. Pasukan juga akan memberikan yang terbaik untuk membawa harapan yang tinggi kepada para penyokong,” jelas Kinoshi.

Bagi keberadaan pemain, hanya Noor Al-Rawabdeh telah melepasi bulan kedua pemulihan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL). Selain itu, Khuzaimi Piee pula dalam proses untuk sembuh daripada retakkan ‘metacarpal’. Para pemain Gergasi Merah yang lain bersedia untuk bersama-sama berjuang pada malam ini. 

Selangor FC mendoakan kejayaan pasukan untuk baki perlawanan saingan Liga Super 2024/25. Gerak terus, Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!